Pengenalan :
Kepelbagaian Kaum dan Budaya Di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu juga mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.
Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.
Makanan Tradisional Kaum-kaum Di Malaysia
Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita . Di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya malah pelbagai makanan tradisional juga popular di Malaysia .Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa.
Makan tradisional kaum melayu :
Penduduk Melayu, cina, India dan pelbagai etanik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi lalu.Pelbagai kaum yang berbeza ini telah saling mempengaruhi anatara satu sama lain, manghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu,cina dan india, Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik pribumi masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Hal ini , kaum Melayu , kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Contoh - contoh makanan tradisional kaum melayu ialah ubi rebis, lempeng, pisang rebus, nasi lemak, lemang, tapai, belacan, rendang, putu piring dan lain-lain.
Makan tradisional kaum china :
contoh - contoh makanan tradisional kaum china ialah kuih bulan, yee sang, kuih bakul, char koay teow, bak chang, dim sum dan lain - lain.
Makanan tradisional kaum india :
Masakan india dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah,herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di india dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat . Setiap keluarga masakan india dicirikan oleh sesuatu campuran luas teknik hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau , mencerminkan demografi berlainan dari subbenua india yang etnik berpelbagai. Contoh - contoh makanan tradisional kaum india ialah vadai, tosai, idli, briyani , gulab jamun, laddu, butter chicken dan lain - lain.
KEPENTIGAN PERPADUAN
Nama negara juga akan disanjungi dan meningkatkan imej negara di mata dunia.Sebagai rakyat Malaysia,Kita perlu mengamalkan Langkah lngkah yang proaktif untuk mengekalkan perpaduan negara antara kaum kera na Bersatu kita teguh bercerai kita roboh .
Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong-royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Seiring dengan itu, perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Dari kaca mata yang lain, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Impak Perpaduan Di Malaysia
Positif :
1. Perpaduan di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.3. Pelancong juga akan tertarik untuk melawat negara kita dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia. Para pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Hal ini demikian kerana, pelancong berasa lebih selesa dan selamat berada di negara ini
Kesan Masyarakat Tidak Bersatu Padu :
1 . Masyarakat yang berpecah-belah.
2. keselamatan dan keamanan negara akan terancam
3. tunjuk perasaan , perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa
4. Perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi.
5. Masalah mencuri , menculik dan lain -lain akan meningkat kerana tidak sikap untuk saling bekerjasama.
6. Aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar
kesimpulan
Sebagai rakyat malaysia kita haruslah tidak bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk terus maju ke mercu kejayaan. Setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Terbaik gais..isi yang padat
ReplyDeleteI love it
ReplyDeleteBaik2..saya suka awak✌
ReplyDeleteI like the video and informations in the essay is very clear👍
ReplyDeleteExcellent work🔥👏🏻
ReplyDeleteJalan cerita yang bagus
ReplyDeleteInfo yang berguna. Terbaik
ReplyDeleteBaikkkk👍🏻❤🔥
ReplyDeletePoints are relevant to the topic! Definitely easy to understand. Great workkk 👍🏼👍🏼✨
ReplyDelete👏👍👍
ReplyDeleteisi yang mantap
ReplyDelete